Selamat Datang ke Dini's World....family and choices

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Wednesday

KUIH RAYA..beli atau buat sendiri???

EKSPLORASI KUIH RAYA SAYA...rumit tapi seronok...


                                                         Tart Gulung saya...

Apabila menjelang raya..selain baju raya..juadah raya mesti berada dalam fikiran..kenapa ye..?? sebabnya kita akan menerima tetamu.So, kuih raya juga penting untuk berada di atas meja walaupun daripada pemerhatian saya..kuih raya hanya dijamah oleh kanak-kanak. Orang dewasa lebih memilih hidangan lain..ketupat,rendang, lontong, mi kari , laksa dan sebagainya.

KENAPA saya tidak membeli kuih raya tahun ini..???

Ada banyak sebab...mahal, kurang sedap dll tapi yang penting saya teringin nak sediakan kuih raya sendiri..biar pun tak banyak jenis tapi saya rasa gembira  kerana anak-anak boleh makan dengan puas dan yang penting mereka akan dapat pengalaman nembuat kuih raya.

KUIH APA YANG SAYA BUAT??? Adalah beberapa jenis termasuk tart gulung  yang kat atas, London Almond dan Cornflakes Crunchy (Lupa nak snap gambar)

YANG BESTNYA.... saya cuba buat coklat.. bestnya tak terkata..memang dah lama teringin nak buat..


Home made chocolate saya..bentuk rose..dalam ada hazel nut..
yang pasti..kegemaran anak-anak .
                             
DinisMum :
Lepas ni boleh try ambil tempahan..murah pun cukuplah..
.................yang penting saya seronok membuatnya.

BARLEY PEANUT CANDY PUN JADI JUADAH RAYA??


BARLEY PEANUT CANDY...pilihan juadah raya ...best pice kat sini..

Kebanyakan costumer saya yang beli nak buat BARLEY PEANUT CANDY sebagai satu daripada juadah raya dan untuk diberi kepada sanak saudara.Hari ni pun..8/9/10 ..lagi 2 hari nak raya saya menerima tempahan daripada  pengunjung blog..Kak Rosidah dari Kuantan..dan call daripada Wan Hamidah dari Labuan yang berminat dengan BARLEY PEANUT CANDY.

  Saya juga akan menghidangkannya dan sudah menyediakan beberapa BARLEY PEANUT CANDY GIFT  PACK untuk dijadikan buah tangan semasa berkunjung ke rumah saudara-mara.
Mudah dan menarik...

Kepada yang tak sempat order.... jualan BARLEY PEANUT CANDY tetap diteruskan selepas raya ni..Selagi ada permintaan..bisnes ini diteruskan..thanks pada yang dah beli bukan itu saja.. saya dapat menambah kenalan melalui bisnes ini.

JOM BALIK KAMPUNG...seronoknya..



CUTI SEKOLAH DAH TIBA...tahun ni cuti sekolah berkembar dengan cuti hari raya..rasionalnya mungkin untuk mengelakkan kesesakan jalan raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Lagi satu baiknya...bagi yang bekerja mereka mempunyai masa yang lebih banyak untuk membuat persiapan raya.

KAMI PUN SAMA... saya dan keluarga dah balik kampung pada 5 Sept... perjalanan sangat lancar..mungkin belum ramai yang balik kampung...berehat panjang sebelum raya. Cadangnya tahun ni bolehlah shopping baju raya anak-anak kat shopping kompleks BM or Taiping je..tak perlu ganggu time weekend sebelum cuti ...maklumlah kalau nak bawa semua serentak..boleh pengsan dibuatnya.

BISNES BARLEY PEANUT CANDY SAYA...


Saya sudah uruskan semua penghantaran dan pastikan semua yang order dah terima barang..tapi saya juga ada membawa beberapa kg BARLEY PEANUT CANDY balik kampung ....kalau-kalau ada yang masih nak order...kerana penghantaran tetap boleh dibuat walau di mana saya berada.



Thursday

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Antara sedar...Ramadhan kembali lagi..setahun lagi usia  kita berganjak..semuanya begitu..baik kanak-kanak atau dewasa. Alhamdulillah Allah izinkan kami sekeluarga bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Rutin kami seperti biasa..siangnya sibuk dengan tugas masing-masing..malam ke surau atau masjid untuk Solat Terawih..ada kelapangan kami ke Masjid Negeri Shah Alam. Sesekali bertukar tempat berbuka dan solat bagi meningkatkan lagi semangat mengharungi Ramadhan. Alhamdulillah ... anak-anak tak banyak karenahnya...
Kedua-dua yang dah besar (Zarif dan Dina)berpuasa dan setiap malam menunaikan terawih..tiada rungutan setakat ini...mereka sentiasa diingatkan bahawa setiap amalan baik akan menerima ganjaran 1000 pahala..jadi, masing-masing jarang menolak jika disuruh membuat kebaikan..Si kecil berdua tu pula (Arfan dan Dini)...nak ikut juga ke surau/masjid..pendedahan awal kepada mereka. Semoga Ramadhan menjadi platform meningkatkan keimanan kita..

Alhamdulillah juga Ramadhan ini membuka peluang bisnes kecil-kecilan yang tidak pernah dirancang sebelum ini.
RM 23/KG..BOLEH DIRUNDING LAGI..
Bisnes pertama....Seperti post terdahulu, BARLEY peanut candy  mendapat permintaan yang baik bukan sahaja daripada kawan-kawan tetapi kenalan dari alam siber.Ada yang call untuk bertanya, survey harga dan ada juga yang submit order melalui sms sahaja. Saya layan semuanya dalam masa yang singkat. Kepada yang masih nak runding harga..boleh hubungi semula. Tq atas kepercayaan yang diberi. Semua order telah diterima dan yang masih "in order" saya akan buat penghantaran pada hari yang dijanjikan..Kepada yang nak order..minta buat confirmation dua hari sebelum untuk memastikan stok ada yang semua barang yang dihantar ialah new stok...jadi kualitinya terjamin.




Sunday

KARNIVAL ULANG TAHUN IKIM KE-9 DI SHAH ALAM

11 Julai 2010....hujung minggu kali  ini kami memilih untuk ke Pasar Tani Mega di Seksyen 13 (Stadium Shah Alam). Pasar Tani ni memang besar... beratus-ratus gerai... walaupun kadang-kala rasa jemu mencari parking tetapi yang bestnya macam-macam barang  baru dan pelik yang boleh kita jumpa. Daripada peniaga besar mahu pun peniaga sambilan / kecil-kecilan.Paling penting harga barang-barang kat sini murah dan banyak pilihan. Tiga empat jam kat sini pun rasa tak jemu. Boleh dikatakan pasar tani  ni produk pelancongan tempatan bagi negeri Selangor... Sesiapa yang ada kesempatan ke Selangor... carilah masa untuk ke Pasar Tani Mega ni... Ahad pagi setiap minggu.

Lepas tu... kami ke Karnival Ikim yang diadakan di perkarangan Stadium Melawati. Karnival ni diadakan selama 3 hari 9-11 Julai. Kemuncaknya Persembahan Nasyid Mahabbah Gaza pada 10 Julai(malam).

Apa yang menarik di sana?

Kiosk IKIM fm- ada beberapa orang DJ IKIM kat situ...Ust.Hj Zamri Zainal Abidin (berbaju korporat biru), Fairuz Hj Nordin (berbaju biru..nampak belakang je) dan Siti Rohani Surani (bertudung Hitam).  Yang lain-lain tu peminat IKIM..sedang mengisi borang kelab ukhwah IKIM fm.


                                                             Ustaz Zamri dan Siti Rohani



Persembahan Nasyid....





Yang lain-lain tu.... kiosk Rabbani Production... produk Muslim...pakaian dan lain-lain..

Thursday

PESTA BUKU SELANGOR 2010..PKNS SHAH ALAM

9 Julai 2010.....Pesta Buku Selangor 2010 telah berlangsung pada 26 Jun hingga 5 Julai 2010 di PKNS Shah Alam ...biar pun tidak sebesar dan sehebat Pesta Buku Antarabangsa, tetapi cukup selesa...di situlah kami sekeluarga menghabiskan hujung minggu.Menarik.... dan cukup untuk memenuhi permintaan anak-anak saja.... pilihan mereka berbeza tetapi lulus tahap piawai kualiti saya....NAK TAHU PILIHAN MEREKA???

                                                     SIRI NOVEL SEJARAH ISLAM.

                                           
Novel ini pilihan putera sulung saya...AHMAD ZARIF, 11 tahun...saya tidak menyangka dalam usia  begini dia minat dengan  novel yang bagi saya agak heavy....namun apabila ditanya....rupanya minatnya timbul apabila kawan-kawannya juga mempunyai  koleksi novel ini. Alhamdulillah.... tarbiyah SRI Hira' yang diterima...mereka ini bijak membuat pilihan . Janji saya padanya.... akan melengkapkan 21 novel
dalam siri ini.... mungkin sebulan 2 buah novel.


SIRI SELAMAT  DATANG KE DUNIA SAYA.



Ini pula 2 buah buku pilihan puteri kedua saya...NURSYAZANI IRDINA, 8 tahun.
Bahasanya mudah...ceritanya ringkas tetapi menarik. Sesuailah dengan usianya.
Saya juga ada membelikan satu set NOVEL PENYIASATAN...OFFER 8 buah  buku RM 15 sahaja.
Tak berhenti dibacanya...lepas sebuah..sebuah.



BUKU MARI MEWARNA DAN STICKER UPIN & IPIN



Ini untuk AHMAD ARFAN, 4 tahun & NURDINI AFRINA, 2 1/2 tahun. 
Mereka ni macam kembar...beli buku mesti sama.. kalau tak sama.. berebut nanti...peminat Upin & Ipin. Bahan lain.. saya ada membelikan poster nombor dan huruf jawi untuk ditampalkan pada dinding... macam kat tadika tu....  


Untuk rujukan...saya memilih  ENSIKLOPEDIA SAINS DAN AL-QURAN
                                                                UNTUK KANAK-KANAK


1 set mempunyai 5 buah buku.


Ensiklopedia ini bagi saya istimewa kerana:
1. Dalam bahasa Melayu
2. Persembahan menarik dan sesuai untuk kanak -kanak.
3. Meliputi semua disiplin ilmu sains.
4. Selaras dengan sukatan subjek sains sekolah rendah.
5. Menghubungkan ilmu sains dengan al-Quran

SATU PELABURAN UNTUK ANAK-ANAK


UNTUK BACAAN SAYA......

Lembutkanlah Hatimu.... karya Ust. Amaluddin Mohd.Napiah...satu tarbiyah jiwa yang menyentuh perkara yang dekat dengan kehidupan seharian kita....mengajak kita berfikir dan berubah demi mencari keredhaan Ilahi.

"Mama, saya lapar..." karya Wardina Safiyyah.... bahan bacaan untuk meningkatkan ilmu keibubapaan....menyentuh aspek kesihatan anak khususnya dalam pemakanan. Padat dengan info menarik dan bermanfaat berdasarkan pengalaman dan pendapat mereka yang arif dalam bidang tertentu...tulisan, warna dan gambar yang menyebabkan tidak jemu menatapnya.

Sekian dulu entri ini.... sekadar perkongsian untuk memberi idea kepada mereka yang mungkin tercari-cari bahan bacaan yang seumpamanya.........Dini's mum


Sunday

PERTANDINGAN NASYID MU'MIN 2010 DI PKNS SHAH ALAM

Pada 3 Julai 2010 (Sabtu)...kami sekeluarga berkunjung ke Pesta Buku Selangor di PKNS untuk kali kedua. Tujuannya untuk menyaksikan Pertandingan Nasyid Mu'min yang turut disertai oleh kumpulan nasyid sekolah anak-anak saya...Sekolah Rendah Islam Hira', Klang. Rupanya persembahan mereka sudah tamat apabila kami tiba..(giliran mereka yang pertama) Namun..saya berasa puas kerana dapat  membawa putera dan puteri saya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan  mereka. Persembahan pada hari itu sangat hebat...persaingan sangat sengit. Namun saya bangga dan gembira melihat penglibatan rakan-rakan anak saya...walaupun masih kecil..tetapi semangat mereka hebat. Meskipun kurang berjaya tetapi pada saya pengalaman yang mereka dapat lebih berharga daripada anugerah.

TAHNIAH putera-putera Hira'...rakan seperjuangan anak saya...Afiq, Wazeni, Amirul, Azam, Nuh, Jibril, Adli,Syafiq, Akmal, Umair dan Raziq.

Untuk kalian...kejayaan pasti tiba jika kita tidak jemu berusaha..

KUMPULAN NASYID SAUTHUL HIRA', SEK.RENDAH ISLAM HIRA', KLANG