Selamat Datang ke Dini's World....family and choices

Sunday

KARNIVAL ULANG TAHUN IKIM KE-9 DI SHAH ALAM

11 Julai 2010....hujung minggu kali  ini kami memilih untuk ke Pasar Tani Mega di Seksyen 13 (Stadium Shah Alam). Pasar Tani ni memang besar... beratus-ratus gerai... walaupun kadang-kala rasa jemu mencari parking tetapi yang bestnya macam-macam barang  baru dan pelik yang boleh kita jumpa. Daripada peniaga besar mahu pun peniaga sambilan / kecil-kecilan.Paling penting harga barang-barang kat sini murah dan banyak pilihan. Tiga empat jam kat sini pun rasa tak jemu. Boleh dikatakan pasar tani  ni produk pelancongan tempatan bagi negeri Selangor... Sesiapa yang ada kesempatan ke Selangor... carilah masa untuk ke Pasar Tani Mega ni... Ahad pagi setiap minggu.

Lepas tu... kami ke Karnival Ikim yang diadakan di perkarangan Stadium Melawati. Karnival ni diadakan selama 3 hari 9-11 Julai. Kemuncaknya Persembahan Nasyid Mahabbah Gaza pada 10 Julai(malam).

Apa yang menarik di sana?

Kiosk IKIM fm- ada beberapa orang DJ IKIM kat situ...Ust.Hj Zamri Zainal Abidin (berbaju korporat biru), Fairuz Hj Nordin (berbaju biru..nampak belakang je) dan Siti Rohani Surani (bertudung Hitam).  Yang lain-lain tu peminat IKIM..sedang mengisi borang kelab ukhwah IKIM fm.


                                                             Ustaz Zamri dan Siti Rohani



Persembahan Nasyid....





Yang lain-lain tu.... kiosk Rabbani Production... produk Muslim...pakaian dan lain-lain..

No comments: