Selamat Datang ke Dini's World....family and choices

FAMILY

Pada 3 Julai 2010 (Sabtu)...kami sekeluarga berkunjung ke Pesta Buku Selangor di PKNS untuk kali kedua. Tujuannya untuk menyaksikan Pertandingan Nasyid Mu'min yang turut disertai oleh kumpulan nasyid sekolah anak-anak saya...Sekolah Rendah Islam Hira', Klang. Rupanya persembahan mereka sudah tamat apabila kami tiba..(giliran mereka yang pertama) Namun..saya berasa puas kerana dapat membawa putera dan puteri saya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka. Persembahan pada hari itu sangat hebat...persaingan sangat sengit. Namun saya bangga dan gembira melihat penglibatan rakan-rakan anak saya...walaupun masih kecil..tetapi semangat mereka hebat. Meskipun kurang berjaya tetapi pada saya pengalaman yang mereka dapat lebih berharga daripada anugerah.



TAHNIAH putera-putera Hira'...rakan seperjuangan anak saya...Afiq, Wazeni, Amirul, Azam