Selamat Datang ke Dini's World....family and choices

Thursday

Ramadhan dan cabaran bisnes saya...




Sekadar perkongsian dengan anda..
Baru-baru ini saya dihentam oleh hamba  Allah yang tidak dikenali..beliau seolah-olah memarahi saya kerana dikatakan menguasai pasaran BARLEY PEANUT CANDY..marahnya mungkin kerana saya menawarkan harga yang murah. Terkejut juga pada mulanya tetapi saya kembali berfikir... Kecil atau besar bisnes kita..pasti ada yang dengki. Lantas saya kuatkan hati...CABARAN RAMADHAN..tetapi saya berpuas hati kerana matlamat saya tercapai, selari dengan prinsip bisnes saya..BIAR UNTUNG SEDIKIT TETAPI RAMAI YANG BOLEH MENIKMATI daripada UNTUNG BANYAK TETAPI ORANG BERKIRA-KIRA UNTUK BERURUSAN DENGAN KITA. Bukan kekayaan menjadi matlamat saya kerana saya menjalankan bisnes kerana minat.Lagi satu..kita perlukan usaha dan doa dalam apa-apa jua urusan termasuk rezeki. Dengan itu .. saya menganggap hamba Allah itu mungkin tersilap atau tidak pernah terfikir perkara yang saya fikirkan...saya sudah maafkannya sebelum diminta.

No comments: