Selamat Datang ke Dini's World....family and choices

Sunday

PERTANDINGAN NASYID MU'MIN 2010 DI PKNS SHAH ALAM

Pada 3 Julai 2010 (Sabtu)...kami sekeluarga berkunjung ke Pesta Buku Selangor di PKNS untuk kali kedua. Tujuannya untuk menyaksikan Pertandingan Nasyid Mu'min yang turut disertai oleh kumpulan nasyid sekolah anak-anak saya...Sekolah Rendah Islam Hira', Klang. Rupanya persembahan mereka sudah tamat apabila kami tiba..(giliran mereka yang pertama) Namun..saya berasa puas kerana dapat  membawa putera dan puteri saya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan  mereka. Persembahan pada hari itu sangat hebat...persaingan sangat sengit. Namun saya bangga dan gembira melihat penglibatan rakan-rakan anak saya...walaupun masih kecil..tetapi semangat mereka hebat. Meskipun kurang berjaya tetapi pada saya pengalaman yang mereka dapat lebih berharga daripada anugerah.

TAHNIAH putera-putera Hira'...rakan seperjuangan anak saya...Afiq, Wazeni, Amirul, Azam, Nuh, Jibril, Adli,Syafiq, Akmal, Umair dan Raziq.

Untuk kalian...kejayaan pasti tiba jika kita tidak jemu berusaha..

KUMPULAN NASYID SAUTHUL HIRA', SEK.RENDAH ISLAM HIRA', KLANG

No comments: