Selamat Datang ke Dini's World....family and choices

Thursday

BUDAYA MEMBACA....pupuklah sejak kecil...

7 JULAI 2010....BUDAYA MEMBACA....Entri saya kali ini khusus untuk berkongsi tentang budaya membaca . Walaupun bunyinya biasa tetapi SANGAT PENTING.Pengalaman saya sebagai guru  di sebuah sekolah yang terdiri daripada murid-murid lelaki yang sederhana menunjukkan bahawa mereka  hanya membaca buku pelajaran. Jarang sekali mendekati bahan bacaan tambahan...apatah lagi membudayakan amalan membaca. Kesannya...banyak perkara yang mereka tidak tahu walaupun hanya pengetahuan am... penguasaan bahasa lemah.... dan memberi kesan kepada mata pelajaran lain. Kadang-kala saya sedih dan simpati...


ADAKAH BUDAYA MEMBACA WUJUD SECARA SEMULA JADI? Jawapannya.... TIDAK.
Pada saya... sama seperti amalan-amalan lain, amalan membaca HARUS DIPUPUK SEJAK KECIL...

Bagaimana caranya?? Sekadar perkongsian...

PENTING...Pastikan anak-anak sudah boleh membaca sebelum masuk sekolah (darjah 1)....jika tidak mereka mungkin akan rasa ketinggalan apabila majoriti rakan-rakan yang lain sudah boleh  membaca.

Apabila mereka sudah boleh membaca... tugas kita semakin bertambah.
1. Perkenalkan bahan bacaan  yang  sesuai dengan usia dan kebolehan mereka.... pemerhatian mesti berterusan supaya mereka tidak jemu.... bahan bacaan mesti sesuai dengan minat, kebolehan dan perkembangan mereka kerana pada tahap ini mereka belum tahu membuat pilihan.

2. Apabila mereka sudah pandai membuat pilihan .... kita pula mesti membuat pemantauan.... biar mereka memilih tetapi bahan bacaan itu mesti mencakupi bidang yang lebih luas... supaya mereka mendapat ilmu yang pelbagai....pastikan tidak lari daripada perancangan pendidikan kita.

3. KITA sebagai ibu bapa....bukan  sekadar menyuruh anak membaca tetapi kita juga PERLU MEMBACA.. terutama ketika bersama anak-anak. KENAPA ? Anak-anak akan melihat kelakuan kita... jika amalan itu kita lakukan... sedikit demi sedikit amalan itu juga  akan  melekat dalam diri mereka.
APA YANG KITA NAK BACA? Jawapannya... bacalah apa-apa bahan bacaan yang boleh meningkatkan ilmu kita kerana ilmu tiada sempadannya..buku ilmiah, agama, motivasi, parenting ataupun buku resipi masakan. Biar yang menarik supaya kita juga tidak rasa jemu. Kadang-kadang saya juga membaca buku bacaan anak-anak dan bercerita dengan mereka tentang buku itu... sebagai cara untuk mewujudkan rasa minat terhadap bacaan mereka.BILA NAK MEMBACA? Kita perlu membaca sebelum menyuruh anak-anak membaca dan kalau boleh jangan berhenti sebelum mereka berhenti membaca. SUSAHNYA...tak susah kalau kita buat selalu. SAMPAI BILA? Sebolehnya jadikan amalan .. atau paling tidak pun sehingga anak-anak akan membaca TANPA DISURUH.

BAHAN BACAAN.....Beli mahal....pinjam leceh...yang mana?
Pada saya terpulang pada individu... MAHAL KE BUKU? Rasanya mahal lagi barang-barang lain. Buku tidak mahal kalau kita anggap  sebagai pelaburan untuk menjadi lebih CERDIK dari semalam. PINJAM pun boleh.... kita dapat pelbagai buku tanpa membebankan kewangan. IKUTLAH KESELESAAN ANDA.. asalkan anda pilih salah satu...


BUKU DAN KELUARGA SAYA..... sekadar perkongsian..
Amalan saya....
- menjadikan kedai buku sebagai destinasi utama semasa ke pusat beli-belah... dan saya akan membelikan buku untuk setiap anak...mereka pilih tetapi saya akan buat keputusan.
- menjanjikan buku sebagai hadiah....
- PENTING.... pastikan mereka membaca buku  yang dibeli dan bertukar-tukar buku dengan adik atau abang.
-Ada kalanya saya membenarkan anak-anak membaca bahan bacaan saya jika saya dapati sesuai sebagai usaha membentuk kematangan mereka.

Jumpa lagi dalam entri akan datang....Dini's Mum

No comments: