SIRI NOVEL SEJARAH ISLAM.
Novel ini pilihan putera sulung saya...AHMAD ZARIF, 11 tahun...saya tidak menyangka dalam usia begini dia minat dengan novel yang bagi saya agak heavy....namun apabila ditanya....rupanya minatnya timbul apabila kawan-kawannya juga mempunyai koleksi novel ini. Alhamdulillah.... tarbiyah SRI Hira' yang diterima...mereka ini bijak membuat pilihan . Janji saya padanya.... akan melengkapkan 21 novel
dalam siri ini.... mungkin sebulan 2 buah novel.
SIRI SELAMAT DATANG KE DUNIA SAYA.
Ini pula 2 buah buku pilihan puteri kedua saya...NURSYAZANI IRDINA, 8 tahun.
Bahasanya mudah...ceritanya ringkas tetapi menarik. Sesuailah dengan usianya.
Saya juga ada membelikan satu set NOVEL PENYIASATAN...OFFER 8 buah buku RM 15 sahaja.
Tak berhenti dibacanya...lepas sebuah..sebuah.
BUKU MARI MEWARNA DAN STICKER UPIN & IPIN
Ini untuk AHMAD ARFAN, 4 tahun & NURDINI AFRINA, 2 1/2 tahun.
Mereka ni macam kembar...beli buku mesti sama.. kalau tak sama.. berebut nanti...peminat Upin & Ipin. Bahan lain.. saya ada membelikan poster nombor dan huruf jawi untuk ditampalkan pada dinding... macam kat tadika tu....
Untuk rujukan...saya memilih ENSIKLOPEDIA SAINS DAN AL-QURAN
UNTUK KANAK-KANAK
UNTUK KANAK-KANAK
1 set mempunyai 5 buah buku.
Ensiklopedia ini bagi saya istimewa kerana:
1. Dalam bahasa Melayu
2. Persembahan menarik dan sesuai untuk kanak -kanak.
3. Meliputi semua disiplin ilmu sains.
4. Selaras dengan sukatan subjek sains sekolah rendah.
5. Menghubungkan ilmu sains dengan al-Quran
SATU PELABURAN UNTUK ANAK-ANAK
UNTUK BACAAN SAYA......
Lembutkanlah Hatimu.... karya Ust. Amaluddin Mohd.Napiah...satu tarbiyah jiwa yang menyentuh perkara yang dekat dengan kehidupan seharian kita....mengajak kita berfikir dan berubah demi mencari keredhaan Ilahi.
"Mama, saya lapar..." karya Wardina Safiyyah.... bahan bacaan untuk meningkatkan ilmu keibubapaan....menyentuh aspek kesihatan anak khususnya dalam pemakanan. Padat dengan info menarik dan bermanfaat berdasarkan pengalaman dan pendapat mereka yang arif dalam bidang tertentu...tulisan, warna dan gambar yang menyebabkan tidak jemu menatapnya.
Sekian dulu entri ini.... sekadar perkongsian untuk memberi idea kepada mereka yang mungkin tercari-cari bahan bacaan yang seumpamanya.........Dini's mum
No comments:
Post a Comment