Antara sedar...Ramadhan kembali lagi..setahun lagi usia kita berganjak..semuanya begitu..baik kanak-kanak atau dewasa. Alhamdulillah Allah izinkan kami sekeluarga bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Rutin kami seperti biasa..siangnya sibuk dengan tugas masing-masing..malam ke surau atau masjid untuk Solat Terawih..ada kelapangan kami ke Masjid Negeri Shah Alam. Sesekali bertukar tempat berbuka dan solat bagi meningkatkan lagi semangat mengharungi Ramadhan. Alhamdulillah ... anak-anak tak banyak karenahnya...
Kedua-dua yang dah besar (Zarif dan Dina)berpuasa dan setiap malam menunaikan terawih..tiada rungutan setakat ini...mereka sentiasa diingatkan bahawa setiap amalan baik akan menerima ganjaran 1000 pahala..jadi, masing-masing jarang menolak jika disuruh membuat kebaikan..Si kecil berdua tu pula (Arfan dan Dini)...nak ikut juga ke surau/masjid..pendedahan awal kepada mereka. Semoga Ramadhan menjadi platform meningkatkan keimanan kita..
Alhamdulillah juga Ramadhan ini membuka peluang bisnes kecil-kecilan yang tidak pernah dirancang sebelum ini.
RM 23/KG..BOLEH DIRUNDING LAGI.. |
No comments:
Post a Comment